09 October 2013

Peppermint-ginger Plus Shaklee bukan sekadar melawas

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.


Macam mana hari ni? Harap-harap semuanya ok dan dalam lindungan rahmat Allah. Hari ni nak cerita pasal Peppermint-ginger plus ni. Apa kebaikan lain yang kita boleh dapat dari herba-herba yang ada dalam produk ni selain daripada membantu dalam masalah perlawasan? Jom kita baca :)



Peppermint – ginger plus merupakan satu lagi produk dari Shaklee yang membantu dalam masalah penghadaman. Mengandungi herba yang terdiri daripada halia, pudina, jintan hitam dan jintan manis, ternyata kebaikan produk ini tidak terhad kepada masalah penghadaman sahaja.

Halia merupakan sejenis herba yang banyak digunakan di dalam masakan terutamanya di kawasan Asia dan mempunyai rasa yang kuat dan pedas. Halia juga mengandungi banyak nutrient dan bahan yang menyokong kesihatan yang lebih baik dan melawan penyakit.

Halia mengandungi potassium, manganese, copper dan magnesium di mana potassium merupakan komponen penting kepada sel dan cecair badan yang membantu dalam mengawal degupan jantung dan tekanan darah.

Selain itu, gingerols yang terdapat di dalam halia bertindak sebagai penahan sakit (pain killer) semulajadi, anti-radang dan melegakan saraf. Halia juga dapat meningkatkan kadar metabolisma badan. Ini kerana fungsi metabolic badan akan terangsang oleh rasa pedas halia, maka badan akan lebih efisen dalam memecahkan lemak dan protin serta menukar makanan kepada tenaga.

Antara manfaat halia yang lain adalah:
  • Melegakan migrain – menghalang prostaglandis daripada menyebabkan kesakitan dan radang di dalam saluran darah.
  • Melegakan kekejangan ketika haid
  • Melegakan mual dan loya di awal kehamilan
  • Mencegah kanser kolon / usus
  • Anti-virus semulajadi.

Pudina juga tergolong dalam keluarga herba. Paling berkesan dalam membantu melegakan penyakit perut dan usus.

Merupakan sejenis karminatif iaitu ejen yang menghalau gas dan kembung dalam system pencernaan. Pudina juga anti-spasmodik iaitu mampu melegakan kekejangan perut dan usus.

Jintan Manis dan hitam juga digunakan untuk pelbagai masalah penghadaman seperti pedih ulu hati, hilang selera makan dan kembung. Selain itu ianya juga digunakan untuk jangkitan saluran pernafasan, batuk, bronchitis, taun, sakit belakang, dan kencing malam.

Sesetengah wanita menggunakan kedua-dua herba ini sebagai penggalak susu badan, haid, memudahkan proses kelahiran dan meningkatkan nafsu seks. Bagi kaum lelaki pula, ianya boleh membantu dalam mengubati sindrom ‘monopos lelaki’.  

Selain itu, juga boleh digunakan untuk merawat sawan, ketagihan nikotin, masalah tidur (insomnia), asma dan sembelit.

Jadi, sekiranya anda mempunyai masalah-masalah seperti yang disebutkan, boleh lah mencuba Peppermint-ginger Plus ni sebagai salah satu ikhtiar kita :)

Salam sayang, senyum selalu :)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...