13 January 2014

Resipi Biskut Coklat Chip yang best!

Assalamualaikum w.b.t dan selamat tengah hari.

Eh post pasal resipi? Belom raye kot...memang belom raye tapi hidup saya dua tiga hari ni dah macam nak raya. Dok la buat kuih saje. Kuih tart la..biskut coklat chip la, biskut dahlia la..pape pon Alhamdulillah..rezeki dari Allah.

Kawan-kawan ade yang mintak resipi biskut coklat chip saya. Insya'allah saya akan share hari ni. Saya pon tak tau resipi asal dari mana sebab saya copy paste & modified resipi yang dapat dari kakak saya. Bila tanya dia dapat dari mana, dia pon lupe daa... :P

Sebelum tu, ni nak tepek sini bukti biskut coklat chip ni sedap (perasan sangat). hi3..testimoni dari customer yang order time raya Aidilfitri 2013.

Thanxs to Mira!

So..ni dia resipinya.


Bahan-bahan
190g mentega
45g gula perang
80g gula castor
220g tepung gandum*
1/2 sudu kecil baking powder/serbuk penaik*
1 sudu kecil serbuk koko*
1/2 sudu kecil emplex*
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
130g coklat cip
130g badam hancur

Cara-cara:
1. Satukan dan ayak bahan-bahan bertanda *, kemudian ketepikan.
2. Putar mentega, gula perang dan gula kastor sehingga kembang.
3. Masukkan telur dan juga esen vanilla dan putar lagi.
4. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah di ayak tadi ke dalam adunan. Putar sehingga sebati.
5. Akhir sekali, masukkan coklat cip dan badam hancur. Gaul sehingga sebati menggunakan spatula (optional/pilihan)
6. Cedok adunan menggunakan sudu kecil, kemudian susun atur di atas loyang sehingga selesai mengikut kreativiti masing-masing. Jarakkan sedikit antara satu sama lain dan tidak terlalu rapat kerana biskut akan mengembang.
7. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 25-30 minit. *mengikut kesesuaian oven.

Kaya dengan coklat cip & badam. Nyummy!


So korang, dah dapat resipi best ni ape lagi, cubalah! Selamat mencuba & memikat hati orang tersayang :D



tandatangan
Pengedar Shaklee Anda 
ID No: 919488
+6012-6177657 | shazwani.mtuhit@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...