05 June 2014

Herblax Shaklee

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera :)

Korang sihat? Kalau sihat alhamdulillah. Yang mana kurang sihat tu jangan tangguh jumpa doktor ok?

Hari ni nak cerita pasal sembelit. Ha sapa sini ada masalah sembelit ni? Saya salah seorangnya. Hihihi...seksa woo..dok la nak kentut je. Kalau wangi tak pa jugak. Ni bau dia ya ampun..sebab pe bau busuk? sebab angin tu lalu dekat toksin-toksin dan bahan buang yang dok kumpul kat dalam usus tu..

Sembelit tu apa?

Sembelit ialah masalah yang dialami oleh individu yang buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti oleh mengeran (straining), sakit sewaktu buang air,  dan buang air dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul ketul dan kering. Individu yang menghidapi masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lendir dalam najis kerana kewujudan darah atau lendiran mukus boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau penyakit radang usus besar.

Punca

Secara umumnya, masalah sembelit adalah berpunca daripada kurangnya minum air. Kuantiti air yang perlu diminum oleh setiap individu dewasa ialah sebanya 2.5 liter air sehari. Kurangnya minum air boleh menyebabkan najis mengeras dan menyukarkan pergerakan najis keluar daripada salur rektum (salur usus yang terakhir). 

Kurang memakan makanan pelawas seperti sayuran dan buah buahan juga menyumbang kepada berlakunya masalah sembelit. Pelawas (fiber) adalah bahagian serat pada buah buahan dan sayur sayuran yang tidak dapat dicernakan oleh badan dan ia dibuang keluar melalui najis. Serat/pelawas ini berupaya menyerap air dan memastikan najis lebih lembut dan mudah untuk ditolak keluar dari usus akhir (rektum).

Selain itu, antara faktor lain yang menyebabkan berlakunya sembelit adalah masalah usus sensitif (Irritable bowel syndrome), umur yang lanjut, pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan, luka pada lubang dubur, rektum runtuh dan sebagainya.

Ubat yang di ambil oleh sesetengah individu juga boleh menyebabkan sembelit. Antara ubat ubatan yang boleh menyebabkan masalah sembelit ialah:
  • Antasid yang mengandungi unsur Aluminium (biasanya AlOH3)
  • Ubat tahan sakit jenis opioid atau ubat batuk
  • Pil zat besi 
  • Ubat penggalak kencing seperti Furosemide yang mengurangkan paras kalium dalam darah
  • Anticholinergics
  • Calcium channel blockers (ubat yang mengurangkan fungsi otot lembut seperti di salur darah dan usus)

Jadi, apakah yang perlu dilakukan oleh individu yang menghadapi sembelit untuk menyelesaikan masalah mereka?

Untuk menyelesaikan masalah ini, pesakit perlu memastikan mereka mengambil air dengan secukupnya, 2.5 liter sehari, bersukan, makan sayuran dan buahan. Pesakit juga perlu mengelakkan stres kerana stres merupakan satu faktor yang menyebabkan sembelit. 

Selain daripada itu pesakit juga boleh mengambil julap semulajadi seperti Senna. 

Daun Senna dan serbuk Senna
Formula Shaklee telah menghasilkan produk yang mengandungi daun Senna sebagai salah satu bahannya iaitu Herb-Lax.

Herb-Lax
RM 52.50
120 biji
Herb-Lax telah diformulasikan bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk bertindak sebagai julap lembut untuk kegunaan sekali sekala.

Herb-Lax dapat melembutkan dan menyingkirkan sisa-sisa dan lemak yang degil daripada bdan. Ia berfungsi secara sederhana untuk melancarkan pergerakan usus dan meningkatkan fungsi sistem penghadaman. Dengan pengambilan yang berterusan, ia membantu mengekalkan bentuk badan yang langsing.

Jadi buat mereka-mereka yang mengalami masalah sembelit macam saya, cepat-cepat dapatkan Herb-lax ni. Padamkan mimpi ngeri anda semua :D

tandatangan
Pengedar Shaklee Anda 
ID No: 919488
+6012-6177657 | shazwani.mtuhit@gmail.com
Kawasan Bukit Tinggi, Bandar Botanic, Kota Kemuning,
Klang, Shah Alam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...