[Artikel ini dipetik daripada Majalah IBU & ANAK :
November 2013]
JAUNDIS MENGUNDANG MASALAH SERIUS
Jaundis cukup
sinonim dengan bayi yang baharu lahir. Disebabkan itu, kebanyakan ibu bapa
tidak terlalu risau akan masalah ini terutamanya jika jaundis bayi mereka tidak
teruk. Bagaimanapun, jaundis yang dibiarkan tanpa rawatan mampu mengundang
kecacatan kekal pada bayi.
Bila bayi
yang lahir diberitahu ada jaundis, tidak banyak ibu bapa yang risau jika tahap
kuning itu rendah. Malah, tidak kurang juga yang yakin kaedah tradisional –
mendedahkan bayi pada cahaya suria pagi – sudah memadai untuk mengatasi masalah
kuning yang sedikit pada bayi.
Menurut pakar
perunding pediatrik, KPJ Kajang Specialist Hospital, Dr. Asmunni Yahya, jaundis
bukanlah sejenis penyakit. Dalam bahasa Perancis perkataan ‘jaun’ memberikan
maksud kuning, dan ‘jaundis’ atau ‘jaunisse’ bermaksud gejala kekuningan.
“Jaundis
mula terhasil apabila bilirubin berlebihan di dalam darah mula mendap di dalam
tisu kulit. Keadaan inilah yang mencetuskan perubahan warna kulit di mana warna
kekuningan mula kelihatan,” katanya. Bilirubin ialah bahan kimia yang
dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah.
Lampu biru atau fototerapi dapat mengurangkan tahap bilirubin
“Ada
beberapa sebab yang menjadikan gejala jaundis berlaku pada bayi. Factor pertama
adalah kelahiran bayi itu sendiri. Kajian mengatakan bayi yang lahir tidak
cukup bulan kemungkinan 80 peratus daripada mereka akan diserang symptom jaundis.
Manakala bayi yang cukup bulan dan matang, hanya 60 peratus mungkin menerima
jaundis.
“Bukan itu
sahaja, sel darah bayi juga turut menyumbang kepada jaundis. Secara normal,
bayi yang baharu lahir mempunyai sel darah merah yang lebih tinggi berbanding
orang dewasa. Selain itu, jangka hayat haemoglobin bayi adalah lebih singkat
iaitu 70 hingga 90 hari, berbanding orang dewasa 120 hari.”
“Dengan
struktur haemoglobin yang mudah hancur, bilangan sel darah merah yang lebih banyak
dan jangka hayat yang lebih pendek, bilirubin mudah terurai. Sepatutnya bilirubin
ini akan diproses di hati menjadi bilirubin konjugat yang larut air untuk
dikumuhkan ke dalam najis. Namun disebabkan ia terurai dengan banyak dan hati
bayi yang belum matangmembuatkan hati tidak dapat memproses kesemuanya,” jelas
Dr. Asmunni.
--- BERSAMBUNG DI BAHAGIAN 2
--- BERSAMBUNG DI BAHAGIAN 2
No comments:
Post a Comment