05 November 2013

Jaundis / Jaundice - masalah kuning pada bayi (Bahagian 2)

[Artikel ini dipetik daripada Majalah IBU & ANAK : November 2013]


JAUNDIS MENGUNDANG MASALAH SERIUS

--- sambungan daripada BAHAGIAN 1

PUNCA KUNING

Bilirubin yang tidak mampu diproses oleh hati akan mendap di tisu dan berlaku perubahan warna kuning pada kulit dan mata.

Selain itu, jaundis juga boleh terjadi kepada bayi yang mengalami kecederaan semasa lahir seperti kelahiran yang menggunakan forceps atau vakum. Penggunaan alat ini boleh mengundang lebam pada kepala bayi dan darah beku yang terhasil pada kulit itu boleh meningkatkan penghasilan bilirubin.

Kelahiran dengan bantuan forseps menyebabkan lebam pada kepala bayi

“Jaundis juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada bayi. Malah jaundis juga boleh merencatkan aktiviti perkumuhan hati bayi seterusnya menghasilkan peningkatan bilirubin di dalam darah,” jelasnya.

Tambah Dr. Asmunni, penyebab lain terjadinya jaundis kepada bayi yang baharu lahir adalah masalah ketidakserasian darah ibu dan anak, masalah kekurangan enzim G6PD, masalah hormone tiroid yang rendah (hipotirodisme) serta masalah hati dan hempedu (biliary atresia dan sindrom Dubin Johnson).

Jaundis juga boleh terjadi akibat enzim tertentu yang terdapat dalam susu ibu. ‘Breast Milk Jaundice’ biasanya terjadi selepas seminggu kelahiran bayi dan tidak ada kena mengena dengan penyebab jaundis yang lain. Enzim dalam susu ibu ini menyebabkan penyerapan semula bilirubin yang telah diproses ke dalam system darah, seterusnya terjadi pemendapan pigmen bilirubin dalam kulit bayi.

--- BERSAMBUNG DI BAHAGIAN 3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...