10 June 2014

Shaklee National Conference

 Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera semua.

Sihat ke hari ni? Harap-harap semua dalam lindungan Allah hendaknya. Alhamdulillah 7 & 8 Jun yang lepas telah pun berlangsung Shaklee national Conference. Majlis gilang gemilang ni diadakan untuk menghargai ahli-ahli Shaklee yang dah berjaya capai kejayaan dalam perniagaan Shaklee mereka. Selain daripada tu Shaklee pun ade lancarkan produk baru yang dipanggil Phytocol-St. Keterangan lanjut pasal produk ni akan saya buat dalam post yang lain.

Alhamdulillah, saya merupakan salah seorang penerima anugerah. Satu anugerah je tapi dah buat saya gembira dan bangga. Tak sangka suka-suka jadi ahli Shaklee then sekarang dah develop empayar sendiri dan handle business. Memang tak terfikir nak pergi sejauh ni.

Ketika sedang menunggu giliran untuk nama disebut
Kategori Anugerah Business Growth

Bersama upline atau mommy business dan juga sideline

Bersama 'onyang', 'nenek', 'mommy' dan 'adik-bradik'.
Yes! We are one Shaklee family!

Bersama pengasas grup Jutawan; Kak Cery dan yang
tudung pink tu 'cicit' kpd Kak Cery
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun terasa penat tapi seronok sangat. Berada dalam grup Jutawan dan mempunyai Family yang sangat best merupakan peluang yang terindah dalam hidup saya.

Buat yang ingin join business Shaklee ni, pilih la kawan-kawan business yang sentiasa menyokong kita semasa jatuh dan bangun kita. Ouh ya. Boleh join team saya juga! :D

tandatangan
Pengedar Shaklee Anda 
ID No: 919488
+6012-6177657 | shazwani.mtuhit@gmail.com
Kawasan Bukit Tinggi, Bandar Botanic, Kota Kemuning,
Klang, Shah Alam.

05 June 2014

Herblax Shaklee

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera :)

Korang sihat? Kalau sihat alhamdulillah. Yang mana kurang sihat tu jangan tangguh jumpa doktor ok?

Hari ni nak cerita pasal sembelit. Ha sapa sini ada masalah sembelit ni? Saya salah seorangnya. Hihihi...seksa woo..dok la nak kentut je. Kalau wangi tak pa jugak. Ni bau dia ya ampun..sebab pe bau busuk? sebab angin tu lalu dekat toksin-toksin dan bahan buang yang dok kumpul kat dalam usus tu..

Sembelit tu apa?

Sembelit ialah masalah yang dialami oleh individu yang buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti oleh mengeran (straining), sakit sewaktu buang air,  dan buang air dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul ketul dan kering. Individu yang menghidapi masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lendir dalam najis kerana kewujudan darah atau lendiran mukus boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau penyakit radang usus besar.

Punca

Secara umumnya, masalah sembelit adalah berpunca daripada kurangnya minum air. Kuantiti air yang perlu diminum oleh setiap individu dewasa ialah sebanya 2.5 liter air sehari. Kurangnya minum air boleh menyebabkan najis mengeras dan menyukarkan pergerakan najis keluar daripada salur rektum (salur usus yang terakhir). 

Kurang memakan makanan pelawas seperti sayuran dan buah buahan juga menyumbang kepada berlakunya masalah sembelit. Pelawas (fiber) adalah bahagian serat pada buah buahan dan sayur sayuran yang tidak dapat dicernakan oleh badan dan ia dibuang keluar melalui najis. Serat/pelawas ini berupaya menyerap air dan memastikan najis lebih lembut dan mudah untuk ditolak keluar dari usus akhir (rektum).

Selain itu, antara faktor lain yang menyebabkan berlakunya sembelit adalah masalah usus sensitif (Irritable bowel syndrome), umur yang lanjut, pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan, luka pada lubang dubur, rektum runtuh dan sebagainya.

Ubat yang di ambil oleh sesetengah individu juga boleh menyebabkan sembelit. Antara ubat ubatan yang boleh menyebabkan masalah sembelit ialah:
  • Antasid yang mengandungi unsur Aluminium (biasanya AlOH3)
  • Ubat tahan sakit jenis opioid atau ubat batuk
  • Pil zat besi 
  • Ubat penggalak kencing seperti Furosemide yang mengurangkan paras kalium dalam darah
  • Anticholinergics
  • Calcium channel blockers (ubat yang mengurangkan fungsi otot lembut seperti di salur darah dan usus)

Jadi, apakah yang perlu dilakukan oleh individu yang menghadapi sembelit untuk menyelesaikan masalah mereka?

Untuk menyelesaikan masalah ini, pesakit perlu memastikan mereka mengambil air dengan secukupnya, 2.5 liter sehari, bersukan, makan sayuran dan buahan. Pesakit juga perlu mengelakkan stres kerana stres merupakan satu faktor yang menyebabkan sembelit. 

Selain daripada itu pesakit juga boleh mengambil julap semulajadi seperti Senna. 

Daun Senna dan serbuk Senna
Formula Shaklee telah menghasilkan produk yang mengandungi daun Senna sebagai salah satu bahannya iaitu Herb-Lax.

Herb-Lax
RM 52.50
120 biji
Herb-Lax telah diformulasikan bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk bertindak sebagai julap lembut untuk kegunaan sekali sekala.

Herb-Lax dapat melembutkan dan menyingkirkan sisa-sisa dan lemak yang degil daripada bdan. Ia berfungsi secara sederhana untuk melancarkan pergerakan usus dan meningkatkan fungsi sistem penghadaman. Dengan pengambilan yang berterusan, ia membantu mengekalkan bentuk badan yang langsing.

Jadi buat mereka-mereka yang mengalami masalah sembelit macam saya, cepat-cepat dapatkan Herb-lax ni. Padamkan mimpi ngeri anda semua :D

tandatangan
Pengedar Shaklee Anda 
ID No: 919488
+6012-6177657 | shazwani.mtuhit@gmail.com
Kawasan Bukit Tinggi, Bandar Botanic, Kota Kemuning,
Klang, Shah Alam.

03 June 2014

Promosi Vitamin E Shaklee

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kita dah pun melangkah ke bulan Jun. Macam mana semua? Ok ke? Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.

Sebagaimana yang semua dah sedia maklum, setiap bulan Shaklee akan buat promosi untuk produknya yang terpilih. Bulan ni menyaksikan Vitamin E atau nama pada labelnya adalah Vita E Complex telah terpilih sebagai Promo of the month.

Vita - E Complex
Beli 6 PERCUMA 1


Apa itu Vita-E Complex?

Vita E Complex Shaklee berbeza dengan vitamin E jenama lain. Vitamin e Shaklee dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum. Merupakan vitamin E yang paling lengkap dipasaran. Ianya juga mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat, serta mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina mata.

Antara manfaat utama Vita-E Complex ini adalah:

  • Melindungi jantung - Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat mampu melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain-lain.
  • Mempertingkatkan kesuburan - Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.
  • Anti-penuaan - 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, dan bintik penuaan.
  • Memperbaiki parut - Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.
Satu kapsul gel lembut membekalkan:
  • 400IU sumber asli vitamin E
  • 65mg selenium sebagai pelengkap aktiviti vitamin E
  • 39.4mg Ekstrak Biji Anggur (Vitis vinifera)
Buat yang dah lama mengidam vitamin E ni boleh la dapatkan cepat-cepat dengan pengedar anda! Pastikan hanya vitamin E dari Shaklee tau!


tandatangan
Pengedar Shaklee Anda 
ID No: 919488
+6012-6177657 | shazwani.mtuhit@gmail.com
Kawasan Bukit Tinggi, Bandar Botanic, Kota Kemuning,
Klang, Shah Alam.

28 May 2014

Set Kanak-kanak Shaklee

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Apa khabar semua? sihat ke? Diharapkan sihat semuanya. Cuti sekolah baru je bermula kan? Semoga ibu bapa dapat meluangkan lebih banyak masa bersama anak masing-masing :D (ketika saya menaip entri ini lagu Ayah & Ibu dari Allahyarham Sudirman sedang berkumandang)

Anak-anak permata hidup bukan? Walaupun saya masih belum punyai anak sendiri tapi saya sangat memahami hati seorang ibu dan ayah. Ibu dan ayah akan memastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tak kiralah dari segi pakaian, makanan, pelajaran waima hobi sekalipun akan dipastikan hanya yang terbaik untuk mereka.


Set Untuk Kanak-kanak

Dalam Shaklee terdapat beberapa produk yang boleh diberikan kepada si manja anda sebagai makanan tambahan. Zaman sekarang kana-kanak semakin mudah terdedah dgn pelbagai penyakit kerana sistem imunisasi mereka masih kurang kuat.

Chewable Vita-C Plus
Merupakan Vitamin C yang boleh diambil secara terus dengan mengunyah/menghisap. Rasanya yang masam-masam serta saiz yang tidak begitu besar pasti tidak memberikan masalah kepada anak anda. Sebiji mengandungi 100mg vitamin C

Berfungsi dalam membantu memelihara gigi, gusi, tulang dan mata. Selain itu ianya juga membantu dalam meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam menghalang penyakit dari menyerang.

Omega Guard
Diperbuat daripada minyak ikan laut dalam serta disuling sebanyak 3 kali untuk memastikan logam dan besi berat benar-benar terasing dari sebatian minyak ikan. Antara minyak ikan yang terbaik di dunia. Mengandungi Omega 3 yang terdiri daripada EPA dan DHA.

Membantu dalam meningkatkan kecergasan otak dan menggalakkan sel-sel otak berhubung dengan lebih baik. Kanak-kanak memerlukan Omega 3 untuk perkembangan otak yang sihat kerana dari dalam kandungan sehingga berumur 3 tahun merupakan peringkat paling banyak perkembangan otak berlaku.

Mealshakes
Merupakan hidangan lengkap yang diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayuran, kekacang dan lain-lain. Mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.

Bermanfaat untuk membekalkan nutrisi kepada tubuh dalam membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imunisasi dan lain-lain. Selain itu, ianya juga membantu mengembalikan selera makan terutamanya kepada kana-kanak yang selalu memilih makanan serta mereka yang ingin menambahkan berat badan.

Jika anda sayangkan anak-anak anda dan inginkan hanya yang terbaik untuk mereka, cepat dapatkan set ini atau pilih mana-mana antara 3 produk tersebut. pastikan hanya yang terbaik dan selamat untuk anak anda!


tandatangan
Pengedar Shaklee Anda 
ID No: 919488
+6012-6177657 | shazwani.mtuhit@gmail.com
Kawasan Bukit Tinggi, Bandar Botanic, Kota Kemuning,
Klang, Shah Alam.

12 May 2014

Mealshakes Shaklee - Promosi Mei 2014

Assalamualaikum w.b.t

Semua sihat? Harap2 sentiasa sihat dan dilindungi oleh Allah hendaknya. Cuaca yang tak menentu sekarang ni elok la kita banyakkan minum air kosong, makan buah-buahan yang tinggi Vitamin C atau lebih mudah, telan je Sustained release Vita-C Plus dua biji setiap pagi. Insya'allah tahap sistem imunisasi kita akan meningkat dan lebih mudah menentang penyakit.

Bercakap tentang imunisasi, mesti ramai ibu bapa yang risau dengan tahap imunisasi anak-anak terutama yang masih peringkat kanak-kanak. Ini kerana tahap imunisasi badan mereka masih rendah dan lemah. Ditambah pula jika anak-anak ini tergolong dalam mereka yang kurang gemar makan makanan sihat seperti sayur dan buah-buahan.

Bila kekurangan nutrien dan zat besi yang diperlukan oleh badan, maka pelbagai penyakit mudah hinggap seperti demam, selsema, masalah kulit dan sebagainya. Sebab tu dulu masa saya kecik-kecik saya tengok ramai rakan-rakan sebaya yang terlalu mudah berkudis. Almaklumlah, dulu-dulu suka terjun parit, main tanah dan sebagainya. Makan sayur pulak culas. Tu yang senang dapat penyakit sebab takda perlindungan.


Promosi Mei 2014
Beli 6 PERCUMA 1
Bertepatan dengan itu, pada bulan Mei ini Shaklee telah melancarkan promosi produknya iaitu MealShakes - sejenis makanan ringan yang sihat. Sesuai dengan semua golongan, tidak tertumpu kepada kanak-kanak sahaja. Tetapi ianya lebih popular untuk kanak-kanak.

Mengandungi asid amino dan pelbagai nutrien penting untuk tubuh. Mampu membantu menaikkan selera makan. Jadi sangat sesuai untuk kanak-kanak yang kurang gemar makan. Juga sangat sesuai untuk mereka yang terlalu kurus dan malas untuk makan makanan sihat. 

Selain daripada itu, Mealshakes juga sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah darah rendah. Ini kerana Mealshakes mengandungi iron dan Vitamin B12 yang membantu dalam pembentukkan sel darah merah.

Cara penyediaan yang sangat mudah iaitu campurkan 2 sudu besar Mealshakes dengan ESP atau air biasa atau buah-buahan. Boleh dinikmati menggunakan air sejuk atau suam. Tidak digalakkan menggunakan air panas.


tandatangan
Pengedar Shaklee Anda 
ID No: 919488
+6012-6177657 | shazwani.mtuhit@gmail.com
Kawasan Bukit Tinggi, Bandar Botanic, Kota Kemuning,
Klang, Shah Alam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...