10 January 2014

Resipi & Kisah Tart Nenas

Assalamualaikum w.b.t kawan-kawan semua. 

Sehat tak hari ni? mood ok? hope semuanya baik-baik saje. Hari ni tajuk pelik sikit.. yela kan..bukan bulan puasa, bukan bulan raya tetiba nak cite pasal tart nenas plak. 


Citanya gini, beberapa hari sebelum majlis Master Celebration great great great great great nanny saya iaitu Master Laila, (hambik kau bape banyak great da..) saya ada terbaca status great great great great nanny iaitu Master Zura Betty yang teringin nak makan kuih raya. Master Zura ni tengah preknen. Memula saya tanya suka coklat chip tak? Dia kata suka jugak. tapi kalau dapat tart nenas pon sedap.

Saya pon plan nak buatkan dia tart nenas. Saja bagi sebagai hadiah. Banyak dah ilmu dia saya dapat. nak dibandingkan dengan sebalang tart nenas apa la sangat. Tiba hari majlis, saya pun jumpa dia & bagi tart nenas tu.. Alhamdulillah dia suka :D

Status FB Master Zura Betty

Bila Master Zura dah promote gitu ramai la pulak yang nak order. Dah terasa macam bulan raya pulak. Alhamdulillah, bertambah lagi cabang rezeki saya. Respon pon sangat-sangat positif. 

Buat yang tercari-cari resipi tart yang sedap dan elok, boleh cuba resipi di bawah.

Tart Nenas
(Asal-usul resepi tak ingat ambil dari mana)

Bahan-bahan
230gm mentega
400gm tepung gandum
40gm tepung kastard
50gm gula aising
2biji kuning telur sahaja
1 sudu kecil esen vanilla
Jem nenas

Cara-cara membuat:
1. Campurkan tepung gandum dan tepung kastard, kemudian di ayak bersama.

2.Campurkan mentega dan gula di dalam sebuah bekas dan pukul menggunakan mixer sehingga kembang.

3. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi.

4. Masukkan esen vanilla.

5. Akhir sekali, masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.

6. Panaskan oven. Sementara menunggu oven panas, canai doh tadi, kemudian terap mengikut pencetak yang disukai. Gentel jem nenas mengikut kesesuaian dan letak di atas tart yang telah diterap. 

7. Terap sehingga habis dan loyang penuh, kemudian bakar selama 25 - 30minit pada suhu 150 darjah celcius.


Tart Nenas hasil air tangan saya :P

Pesanan : sebelum makan tart nenas ni kena lah makan Lecithin dulu. Dah siap makan tart, telan Omega Guard pulak. Bukan apa, biar lelemak tak membiak dalam badan lalu boleh makan dengan gembiranya. Hi3


tandatangan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...