27 February 2014

Tips Mudah Hamil

Assalamualaikum w.b.t

Pagi ni nak share sikit tips hamil yang diberikan oleh Dr Ismail Thamby dalam ruangan Sihat, Metro Ahad bertarikh 25 November 2012. Tips ni berkenaan dengan posisi semasa melakukan hubungan intim dengan pasangan. Jangan tak tau...posisi pon memainkan peranan penting. Kerana bimbang air mani atau sperma terkeluar lalu tidak disenyawakan. Ok jom baca ulasan beliau.

Proses hubungan kelamin adalah aktiviti lasak. Namun, di samping menginginkan kenikmatan bersama pasangan, sudah menjadi lumrah pasangan suami isteri bersetubuh kerana mahukan cahaya mata.

Bagaimanapun, tidak semua pasangan berjaya mendapatkan cahaya mata yang diingini kerana pelbagai faktor dan antara yang tidak diberi perhatian ialah mengenai faktor keciciran air mani daripada faraj wanita.

Air mani ialah campuran air mazi yang dihasilkan pundi seminal, pundi prostat, pundi Cowpers, pundi epididimis dan beberapa pundi di dalam salur kencing termasuk sperma yang dihasilkan kilang sperma.

Air mani ibarat kenderaan untuk menghantar sperma ke dalam faraj. Sperma aktif akan berkeliaran dalam salur reproduktif wanita melalui lendir daripada pangkal rahim dan cecair yang bertakung dalam ruang faraj akan keluar. Maka, air mani tidak masuk ke dalam salur reproduktif wanita kerana hanya sperma aktif akan memasuki ruang berkenaan.




Memandangkan corong faraj wanita bukan tempurung atau tempat takungan air mani, selepas ereksi suami keluar daripada faraj, ruang faraj akan merapat dan menolak keluar air mani yang terdapat dalam ruang itu. Fenomenan keciciran air mani keluar daripada faraj dikenali sebagai 'effluvium feminis'.

Jika wanita itu mahu mengurangkan kadar keciciran atau pembaziran air mani dan memastikan sperma berada dalam kawasan takungannya, beberapa perkara perlu dititikberatkan.

Selepas selesai hubungan seks dan sesudah ereksi suami keluar daripada faraj, wanita perlu mengekalkan posisi pahanya secara terbuka dan terangkat seperti berada dalam posisi bersetubuh dan melegakan pembukaan faraj, iaitu tidak mengemut.

Mengemut atau mencerutkan faraj boleh membuatkan air mani itu terkeluar dengan banyak.

Posisi sesuai untuk mengelak pengeluaran air mani yang banyak ialah melakukan persetubuhan melalui posisi wanita dalam keadaan tonggeng dan ereksi suami dimasukkan ke dalam faraj daripada belakang.

Selepas ejakulasi berlaku, wanita itu boleh mengekalkan posisi terbabit untuk seketika sebelum dia tidur secara mengiring.

Jika wanita terus baring secara terlentang daripada posisi tadi, air mani dalam faraj akan keluar secara mendadak.

Perkara air mani keluar selepas bersetubuh tidak pernah dipertikai kerana ia memang berlaku, justeru ia dianggap notmal. Namun, tidak mustahil perkara ini boleh menjadi sebab kenapa kehamilan untuk sebilangan pasangan kelamin mengambil masa yang lama untuk berlaku.

Seandainya apa yang dijelaskan ini sudah dilakukan tetapi isteri masih gagal mengawal pengeluaran air mani daripada farajnya, nampaknya anda dan pasangan perlu menjalani pemeriksaan kesuburan kerana berkemungkinan besar anda dan pasangan mengalami masalah infertiliti sekunder iaitu kegagalan untuk menambah anak.

tandatangan
Pengedar Shaklee Anda 
ID No: 919488
+6012-6177657 | shazwani.mtuhit@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...