12 March 2014

Wanita dan Haid

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak cerita pasal haid ni. Benda biasa tapi ramai yang tak tahu perkara-perkara penting tentang haid ni.

Dalam ilmu perubatan, haid adalah proses semula jadi yang dialami setiap wanita, iaitu proses pendarahan apabila dinding rahim gugur kerana tidak berlaku persenyawaan. Purata tempoh kitaran haid yang normal adalah sekitar 21 hingga 35 hari. Haid terjadi setiap bulan bagi menormalkan dan mengimbangkan proses metabolisma dalam tubuh wanita. Proses itu membolehkan wanita mengandung dan melahirkan anak.

Ciri-ciri haid yang normal:
  1. Proses kitaran haid berlaku antara 21 hingga 35 hari.
  2. Proses pendarahan haid berlaku antara dua hingga tujuh hari.
  3. Kadar darah yang keluar antara 20 hingga 80 sentimeter padu setiap kitaran.
  4. Ketika pendarahan haid berlaku, tidak disertai dengan rasa sakit dan senggugut.
  5. Darah haid berwarna merah pekat dan kehitaman.
  6. Darah haid yang normal tidak bergumpal-gumpal.
  7. Apabila tertimbun lama, darah haid mengeluarkan bau yang tidak sedap.
  8. Terjadi pengovulan. 


Sekiranya haid terjadi di luar ciri-ciri normalnya, bererti ada masalah yang mengganggu kesihatannya.

Simptom dan gejala yang berlaku ketika haid:
  • Perut terasa memulas
  • Loya
  • Sakit ketika membuang air kecil
  • Diiringi demam dan peningkatan suhu tubuh
  • Sakit kepala dan pening
  • Keputihan
  • Radang pada faraj
  • Gatal-gatal pada kulit
  • Meingkatnya tekanan emosi
  • Sakit dan bengkak pada payudara.

Wanita yang sedang haid, digalakkan mengambil makanan yang berkhasiat, seperti buah-buahan segar, sayur-sayuran, dan meninggalkan makanan ringan dan makanan berlemak. Selain itu, pengambilan nutrisi dan gizi yang seimbang juga penting kerana ia mempengaruhi kelenjar hipotalamus dalam otak yang berfungsi mengendalikan kelancaran kitaran haid yang ada. 

Nutrisi penting ketika haid:

1. Air
Pada tempoh haid normal, wanita kehilangan antara sepuluh hingga 80 mililiter darah sehari. Tetapi, mereka yang mengalami haid yang lebih berat kehilangan darah lebih banyak. Oleh itu, kehilangan cairan itu perlu diganti dengan meminum air yang secukupnya.

2. Daging, ikan dan kacang
Darah yang keluar ketika haid mengandungi zat besi yang sangat diperlukan tubuh. Kekurangan zat besi menyebabkan gejala seperti lelah, pucat, keguguran rambut, mudah marah, lemah dan gangguan fungsi pertahanan tubuh. Bagi mencegahnya, sebaiknya setiap wanita mengambil makanan yang mengandungi zat besi. Makanan yang mengandungi banyak zat besi adalah daging lembu, daging ayam, ikan dan kekacang.


3. Sayur-sayuran
Gangguan penghadaman sering juga berlaku ketika haid. Maka, pengambilan sayur-sayuran dapat membantu masalah tersebut.

4. Susu rendah lemak, kacang soya, dan brokoli
Pastikan mengambil kalsium yang cukup, sekurang-kurangnya 1200 miligram sehari. Sumber kalsium yang baik dapat diperolehi daripada susu rendah lemak, kacang soya, dan brokoli. Kalsium dapat membantu mempertahankan tonus otot, mencegah kekejangan dan sakit perut.

5. Kacang dan tauhu
Tingkatkan pengambilan magnesium dalam makanan sebanyak 200 mg sehari. Makanan yang kaya dengan magnesium terdapat pada kekacang dan tauhu. Magnesium baik bagi mengoptimumkan keupayaan tubuh menyerap kalsium dan mengurangkan rasa memulas dalam perut.

6. Avocado, kuning telur, dan hati
Pengambilan vitamin E dan antioksidan dapat mengatasi beberapa gejala penyakit sebelum haid dan juga memberi manfaat kepada sistem kitaran. Wanita memerlukan 8mg vitamin E sehari.

7. Kentang, pisang dan oat
Makan makanan yang kaya dengan vitamin B6 kerana vitamin B6 membantu pemprosesan protein dan penghasilan sel darah merah, juga dapat mengurangkan tekanan. Wanita haid memerlukan sebanyak 100mg vitamin B6 sehari.

8. Oren, blackcurrant, dan kacang merah
Wanita hamil mesti mendapat vitamin C dan zink yang cukup, kerana ia penting bagi kesihatan ovum wanita dan sistem pembiakan.


tandatangan
Pengedar Shaklee Anda 
ID No: 919488
+6012-6177657 | shazwani.mtuhit@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...