Hari ni nak share sikit tip berdiet time bolan posa ni ha...info yg sgt2 berguna wat uolls yg dah plan nak turunkan berat time bulan posa neh.
1. Lebihkan serat
Utamakan makanan yang tinggi serat seperti beras perang, roti mil penuh (whole grain bread), kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Pengambilan serat yang tinggi time sahur dapat mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama di siang hari dan memberi tenaga.
Pengambilan serat yang mencukupi ketika berbuka pula dapat memberi tenaga segera, meneutralkan rembesan asid berlebihan di dalam perut sekali gus dapat mengawal glukosa darah khususnya kepada penghidap diabetis.
2. 3 biji kurma
Pengambilan 3 biji kurma berserta segelas air atau jus setiap kali waktu berbuka dapat menyeimbangkan kandungan gula dalam darah. selain itu dapat mengelakkan kejadian hipoglisemia.
Kurma kaya dengan campuran glukosa dan fruktosa. mengandungi potassium yang tinggi, sekitar 64% lebih tinggi dari pisang.
Kandungan beta D-glucan yang mana merupakan serat larut air yang menyebabkan rasa kenyang.
3. Elakkan makanan bergoreng
Pilih kaedah masakan yang lebih sihat. Elakkan makanan yang digoreng atau kurangkan penggunaan minyak atau santan ketika memasak.
Gunakan kaedah memanggang, stim dan sup untuk mendapatkan diet yang sihat di bulan puasa.
4. Kunyah perlahan.
Makan dan kunyah dengan perlahan-lahan ketika berbuka kerana kita cenderung untuk makan berlebihan ketika perut lapar. Otak mengambil masa selama 20minit untuk mengesan bahawa perut kita telah pun kenyang.
5. Aktiviti ringan
Teruskan aktiviti fizikal atau senaman ringan di sebelah malam utk mengekalkan kecergasan tubuh dan minda kita. Tetapi tunggu sehingga satu atau dua jam selepas makan sebelum memulakan senaman bagi memberi laluan kepada sistem pencernaan.
So sesiapa yang dah plan nak amik kesempatan berpuasa ni untuk turunkan berat badan, boleh lah cube amalkan tips ni :)
Sekian, terima kasih.
-----------------------
Wani
Dare to dream
SMS/Whatsapp/Wechat 0126177657
Good tips
ReplyDelete