08 October 2013

Q&A : Penyusuan ibu

Assalamualaikum w.b.t

Sehat ke semua? Semoga Allah kurniakan kesihatan dan rezeki yang berpanjangan buat kita semua. Hari ni nak kongsi sikit persoalan dan jawapan yang mungkin pernah atau sedang ada dalam fikiran ibu-ibu terutamanya ibu-ibu yang baru pertama kali menyusukan anak.

1. Berapa kerap saya perlu menyusukan bayi saya?
  • Bayi yang baru dilahirkan perlu disusukan sebanyak 8 hingga 12 kali dalam 24 jam atau dalam sehari. Ianya adalah biasa untuk bayi disusukan setiap 1 ½ hingga 3 jam, terutamanya dalam 6 minggu yang pertama.


2. Berapa lama saya perlu menyusukan bayi saya? (tempoh menyusu)
  • Tempoh menyusukan adalah bergantung kepada bayi dan juga ibu. Kebanyakkan bayi menyusu dalam masa 10 hingga 45 minit untuk sebelah payudara, dengan purata dalam 20 minit. Sesetengah bayi menyusu dengan hanya sebelah payudara dan sesetengah lagi menyusu dengan kedua-dua belah payudara untuk kenyang.


3.Bagaimana hendak mengetahui samada bayi saya kenyang atau tidak?
  • Bayi yang disusukan dengan baik adalah bayi yang gembira. Bayi yang tidak kenyang akan mula meragam, cerewet dan mula menunjukkan reaksi tidak puas hati. Melihat kepada jumlah berapa kerap bayi membuang air kecil dan besar boleh juga menjadi panduan samada bayi anda mendapat susu yang cukup. Kebanyakkan bayi berumur 5 hari dan ke atas sepatutnya membuang air sekurang-kurangnya sebanyak 8 kali sehari. 
4. Bila masa yang sesuai untuk melatih bayi saya menyusu menggunakan botol susu?
  • Seelok-eloknya tunggu sehingga bayi anda berusia 3 hingga 4 minggu sebelum anda memperkenalkannya dengan botol susu.
5. Berapa kerap saya patut pam susu saya?
  • Jawapannya bergantung kepada kenapa anda mengepam. Jika proses penyusuan berjalan lancar, sehari sekali sudah mencukupi. Jika anda mengepam untuk membantu meningkatkan pengeluaran susu, anda perlu mengepam selepas anda menyusukan anak anda. Ini kerana jumlah pengeluaran susu adalah bergantung kepada permintaan.
6.  Bila masa yang sesuai untuk mengepam?
  • Sejam sebelum dan sejam selepas penyusuan akan membolehkan anda mengumpul susu tanpa mengganggu proses penyusuan bayi yang seterusnya. Mengepam selepas penyusuan akan menggalakkan lebih banyak susu.
7. Berapa lama saya harus mengepam?
  • Jika menggunakan pam elektrik berganda (double electric pump), pam selama 15-20 minit sudah memadai. Jika menggunakan pam tangan atau single electric pump 15-20 minit adalah dicadangkan.
8. Berapa lama saya boleh simpan susu badan saya?
  • Oleh kerana susu adalah cecair hidup seperti darah, ianya adalah selamat untuk menyimpannya dalam suhu bilik untuk 6 hingga 8 jam. Selepas 6 hingga 8 jam sekiranya anda masih belum mahu menggunakan susu tersebut, maka susu boleh disimpan di dalam peti pendingin dimana ianya boleh bertahan untuk 3 hingga 5 hari. Atau, bekukan susu tersebut di mana ianya boleh disimpan sehingga 3 hingga 6 bulan, bergantung kepada berapa sejuk peti pendingin tersebut.
9.  Bolehkah saya menggoncang susu badan yang berada di dalam botol?
  • Jangan menggoncang susu badan yang berada di dalam botol kerana akan mengubah sifat semulajadi molekul protein yang terdapat di dalam susu tersebut.


Sekian sahaja buat masa ni. Insya’allah kita akan bincangkan lagi beberapa persoalan di masa akan datang. Terima kasih kerana membaca!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...