Berbahayakah jika kolesterol tinggi?
(Majalah MIDI - 1 Disember 2013)
Kolesterol secara amnya adalah bahan berlemak di dalam
badan. Ia diperlukan oleh badan untuk jalani kehidupan seharian. Kebanyakan kolesterol
dibentuk oleh badan kita sendiri seperti hati. Sebahagian lagi didapati
daripada makanan yang kita makan.
Kolesterol diperlukan untuk menghasilkan hormon dan vitamin
D sel-sel di dalam badan. Ia berlegar di dalam salur darah menggunakan protein
sebagai pengangkutan. Gabungan kolesterol dan protein ini dipanggil
lipoprotein.
Terdapat tiga jenis lipoprotein yang memberi kesan kepada
badan terutamanya salur darah iaitu lipoprotein berjisim berat HDL, lipoprotein
berjisim rendah LDL dan lipoprotein berjisim sangat rendah VLDL. Sejenis lemak
iaitu triglyceride TG yang dihasilkan oleh badan juga diangkut sebagai VLDL.
Kolesterol boleh terbahagi kepada kolesterol yang baik dan
bahaya. Kolesterol baik seperti HDL berfungsi untuk menjaga dinding salur darah
supaya lebih kuat dan mengelakkan masalah penyakit kardiovaskular seperti sakit
jantung dan strok terjadi. Ia digelar kolesterol baik juga kerana ia akan menghantar
kembali lemak badan ke hati untuk disimpan. Ia juga boleh mengelakkan daripada
kolesterol bahaya melekap di dinding salur darah seterusnya menyebabkan salur
darah rosak dan tidak sihat. Kajian telah membuktikan bahawa mereka yang
mempunyai paras HDL yang rendah (kurang daripada 40mg/dL untuk lelaki dan
50mg/dL untuk perempuan) adalah berisiko untuk penyakit kardiovaskular yang
lebih tinggi.
Manakala kolesterol bahaya iaitu LDL, VLDL dan TG
meninggikan risiko seseorang terhadap banyak penyakit kardiovaskular dan juga
kekebalan insulin seperti kencing manis dan sindrom metabolic. Kolesterol bahaya
akan bergabung dengan lemak, kalsium dan bahan-bahan lain dalam badan membentuk
plak yang akan melekap di dalam dinding salur darah yang seterusnya menyebabkan
penyempitan salur darah. Secara perubatan keadaan ini digelar atherosclerosis. Plak
ini yang kebanyakan terdiri daripada gabungan kolesterol berjisim rendah, ia
adalah tidak stabil dan senang untuk bergerak lalu menyumbatkan salur darah di
lain-lain tempat. Proses ini adalah punca berlakunya serangan jantung dan strok
yang tiba-tiba.
Faktor-faktor yang meningkatkan paras kolesterol melebihi
normal adalah seperti :
1.
Pemakanan – Makanan yang mengandungi lemak tepu
dan lemak trans akan meningkatkan paras LDL sementara makanan yang mengandungi
lebih karbohidrat akan meninggikan paras TG dalam badan.
2.
Keturunan – Paras kolesterol yang tinggi boleh
terjadi sekiranya keluarga yang terdekat juga mengalami masalah yang sama.
3.
Berat badan yang berlebihan – Paras TG adalah
lebih tinggi dalam kalangan orang gemuk.
4.
Kurangnya aktiviti fizikal.
5.
Peningkatan umur – Walaupun hormon wanita iaitu
estrogen mengandungi banyak HDL akan tetapi paras LDL akan meningkat secara
semula jadi apabila wanita putus haid.
6.
Penyakit diabetis
7.
Merokok – Paras TG adalah lebih tinggi dalam
kalangan orang yang merokok dan orang yang terdedah kepada asap rokok.
8.
Alcohol – Peminum alcohol mempunyai paras TG
yang lebih tinggi.
No comments:
Post a Comment