[Artikel ini dipetik daripada Majalah IBU & ANAK :
November 2013]
JAUNDIS MENGUNDANG MASALAH SERIUS
RAWATAN
Rawatan paling
berkesan seperti yang disyorkan oleh doctor bagi mengatasi jaundis adalah member
susu ibu kepada bayi secara kerap – sekurang-kurangnya 10 kali sehari.
“Jika
ditanya rawatan apakah yang paling berkesan untuk jaundis, sudah tentu member susu
sekerap yang mungkin kepada bayi. Ini kerana bilirubin yang ada di dalam darah
boleh disalurkan melalui najis. Disebabkan itulah, ibu seharusnya rajin member susu
biarpun bayi mereka nyenyak tidur. Kejut dan susukan bayi mereka sehingga
kenyang. Pada masa yang sama, aka nada pergerakan usus yang boleh mengurangkan
tahap bilirubin,” ujar Dr. Asmunni.
Apabila tahap
bilirubin mula mencatat jumlah yang tinggi di dalam darah, bayi akan dirawat
dengan meletakkan bayi di bawah lampu biru atau fototerapi. Cahaya lampu ini
membantu memecahkan bilirubin berlebihan. Biasanya proses ini akan dilakukan di
pusat jagaan bayi di hospital.
Namun jika
bacaan bilirubin terlampau tinggi, kaedah pertukaran darah disyorkan untuk
rawatan jaundis. Dalam situasi ini, darah dari bank darah di hospital akan
digantikan untuk bayi tersebut. Biasanya proses ini memakan masa selama empat
jam.
Bukan itu
sahaja, rawatan intravenous immunoglobulin (IVIg) turut dijadikan alternative bagi
rawatan jaundis. Bagi contoh kes ketidakserasian darah ibu dan anak rawatan ini
akan digunakan bagi mengurangkan bacaan bilirubin.
KESAN
Ramai ibu
bapa yang risau akan kesan jaundis terhadap kesihatan anak mereka. Bahaya atau
tidak jaundis adalah bergantung kepada tahap jaundis itu sendiri. Jika tahap
bacaan bilirubin terlalu tinggi, maka ada bilirubin yang tidak larut air akan
bergabung dengan albumin di dalam darah untuk dibawa ke hati.
Namun sekiranya
tahap bilirubin yang tidak larut air terlampau tinggi, ia boleh meresap ke
dalam system otak di mana pigmen bilirubin menjadi toksik kepada otak. Ia boleh
mendatangkan risiko kepada urat saraf di bahagian otak bayi. Kerencatan kekal
pada otak, yang dikenali sebagai kernikterus, juga terjadi kepada bayi yang
mengalami gejala jaundis malah mereka mungkin terdedah kepada kecacatan otak
seperti palsi serebrum, sawan, terencat akal dan pekak.
No comments:
Post a Comment