13 February 2014

Risiko Anemia terhadap Ibu Mengandung

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi :)

Hari ni nak cerita pasal anemia atau kekurangan darah di kalangan ibu mengandung. Walaupun saya belum pernah mengandung, tapi selalu la jugak dengar kakak-kakak dan kawan-kawan mengeluh sebab nurse bising. Bila buat check up darah rendah. So nurse bising mestilah ada sebab kan? Jom kita tengok kenapa anemia ni tak boleh di ambil ringan oleh kita terutamanya ibu yang mengandung.

Wanita hamil selalu mengalami rasa letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh berasa lemah. Bagi kebanyakkan daripada mereka menganggap ini perkara normal dan biasa serta kesan akibat perubahan hormon dalam badan sehingga tidak diberikan perhatian serius. Namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya. 


Kekurangan zat besi membuatkan tubuh letih dan lemah

Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan bagi memastikan kelangsungan hidup dan apabila sel darah merah kurang daripada paras normal (kurang daripada 12-15 mg/dl), wanita itu menghadapi risiko anemia paling umum iaitu kekurangan zat besi. Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk.

Ia mungkin berlaku disebabkan badan kekurangan zat besi akibat diet tidak seimbang, penyerapan rendah, kesan sampingan ubat tertentu, genetik misalnya penyakit talasemia, kehilangan banyak darah terutama akibat haid dan kehamilan. Faktor lain penyebab anemia boleh juga diakibatkan pengambilan gizi tidak seimbang, hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah), kehilangan darah akibat ulser perut dan buasir serta parasit.

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung keperluan diri dan juga bayi. Dianggarkan bahawa wanita memerlukan lebih banyak zat besi semasa hamil iaitu tambahan daripada 15 kepada 27 mg/dl sehari.


Perbandingan keadaan sel darah merah yang normal
dengan sel darah merah pesakit anemia

Wanita hamil yang mengalami anemia kekurangan zat besi hendaklah sedar, kesannya bukan sekadar gejala pucat, letih, lesu dan sesak nafas saja. Tetapi anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak memberi kesan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan meningkatnya risiko kematian ibu. Kekurangan darah juga menjadi penyebab keganjilan perangai anak serta lemah tahap pembangunan mental berbanding rakan sebaya.

Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, wanita hamil disarankan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu. 
Pil zat besi tambahan juga disyorkan untuk merawat anemia. Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit. 


Makanan merencat atau menghalang penyerapan zat besi dalam darah

* Teh, kopi, koko, wain merah
* Bayam
* Lemak
* Bijirin. produk soya
* Susu, produk tenusu, kalsium
* Ubatan berunsur keasidan, phytates, phenols
* Magnesium, tetracyclines, thyroxine

Makanan membantu penyerapan zat besi dalam darah

* Daging merah, telur kuning, ikan
* Sayuran kecuali bayam
* Salad, buah, jus buah mengandungi vitamin C
* Gula
* Cuka


tandatangan
Pengedar Shaklee Anda 
ID No: 919488
+6012-6177657 | shazwani.mtuhit@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...