12 February 2014

Sakit Jantung & Shaklee

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak sembang sket pasal penyakit jantung ni. Sebab sekarang selalu kita dengar kematian mengejut akibat serangan jantung, sedangkan selama ni orang tu takde sejarah sakit jantung pun. Jadi apa punca dan faktor serta kaedah nak kawal sakit jantung ni.

Umum semua tahu yang penyakit jantung ni merupakan pembunuh utama negara. Saban tahun statistik penghidap jantung meningkat berikutan kurangnya penjagaan kesihatan seperti tidak mengamalkan senaman dan pengambilan makanan tidak sihat.

Di Malaysia, penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu yang merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital. Anggaran penyakit jantung koronari di negara ini adalah 40,000 kes baru setiap tahun bagi 28 juta penduduk dan kematian akibat penyakit ini dikatakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser dalam kalangan wanita.

Golongan wanita tidak terkecuali mendapat penyakit jantung, tetapi hanya lambat berbanding lelaki. Ini disebabkan wanita dilindungi estrogen tinggi ketika masih subur berupaya mengelakkan wanita diserang penyakit jantung.

Apakah punca serangan jantung?
  1. Usia - Risiko tinggi selepas monopaus.
  2. Kolesterol berlebihan.
  3. Tekanan darah tinggi
  4. Merokok 
  5. Gaya hidup di bawah tekanan tinggi
  6. Lemak berlebihan. Ukuran lilit pinggang melebihi 80 sentimeter meningkatkan risiko sakit jantung.
  7. Kurang bersenam
  8. Kencing manis atau diabetis
  9. Sejarah keluarga

Faktor yang mempengaruhi serangan jantung

1. Asap rokok

  • Mempercepatkan pembekuan darah
  • Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
  • Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung
  • Tekanan
  • Degup jantung dan tekanan darah akan meningkat jika seseorang itu mengalami tekanan perasaan.

2. Kandungan Lemak Tinggi

  • Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak termasuk mentega, minyak sapi dan daging.
3. Kurang bersenam

  • Senaman penting untuk menguatkan jantung. Ia juga mampu memperbaiki pengaliran darah ke jantung.
4. Darah Tinggi
  • Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah. Jantung 'terpaksa' mengepam lebih kuat untuk menyalurkan darah melalui saluran yang sempit. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar peluang diserang sakit jantung.
5. Kencing Manis
  • Pesakit kencing manis lebih tinggi peluang untuk mendapat serangan jantung.

Faktor-faktor lain yang meningkatkan kemungkinan menghadapi penyakit jantung koronari:
  • Keturunan menghidap penyakit jantung
  • Berusia 35 tahun ke atas dan berat badan berlebihan
  • Merokok
  • Gagal kawal tekanan darah
  • Hidap penyakit kencing manis
  • Tekanan
  • Kurang bersenam

Macam mana kita nak tahu samada kita ni terkena serangan jantung ke tidak? Jom kita tengok apa dia tanda-tanda serangan jantung. Kalau ada tanda-tanda ni jangan ambil ringan. Segeralah pergi membuat pemeriksaan.

Tanda-tanda serangan jantung
  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Pening kepala
  • Jantung berdebar
Dah tau bahayanya penyakit jantung ni, jomlah kita sama-sama kawal dan cegah sebelum kita terkena. Mintak jauh la kan..Nauzubillah.

Kaedah kawal penyakit jantung
  • Ambil makanan berserat seperti gandum dan bijirin
  • Banyakkan makan ikan atau minyak ikan
  • Amalkan kaedah masakan seperti kukus dan bukan goreng
  • Elak santan (santan adalah minyak paling teruk untuk kesihatan)
  • Elak kerap mengambil daging merah
  • Elak pengambilan telur secara kerap, terutama telur burung
  • Elak makanan segera.

Untuk penjagaan jantung serta pencegahan serangan jantung dengan Shaklee, boleh klik -----> CoQHealth Plus


tandatangan
Pengedar Shaklee Anda 
ID No: 919488
+6012-6177657 | shazwani.mtuhit@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...