09 May 2014

Umrah dan Supplement Shaklee

Assalamualaikum w.b.t

Lama sangat tak post apa-apa topik kat blog ni. Sampai dah berkarat dah blog ni sebab lama sangat bercuti. Hehehe

Alhamdulillah 6 April sampai 17 April hari tu telah dijemput oleh Allah untuk menziarahi Rasulullah dan Kaabah. Syukur ke hadrat Allah kerana semuanya dipermudahkan. Dapat berbakti kepada mak & abah.


Di ladang unta semasa dalam perjalanan menuju ke Hudaibiyah

Tapi Allah uji kami dengan kesihatan yang tak mengizinkan terutama emak. Sehari sebelum balik emak demam teruk sampai tak boleh bangun. Rasa risau dan sedih tengok keadaan emak. Tapi Alhamdulillah emak kuatkan diri dia dan akhirnya kami sampai juga ke Malaysia pada 8.30 pagi 17 April. 

Sampai Malaysia, kawan-kawan nasihatkan untuk bawa emak terus ke hospial sebab takut terkena wabak Mers-Cov. Lepas zohor terus bawak emak ke hospital Klang. 6 hari jugak kami menginap kat sana. Alhamdulillah semuanya negatif dari wabak tersebut.

Syukur pada Allah yang telah beri kami rezeki, dan kesihatan yang baik sepanjang melakukan ibadah. Saya buat persiapan awal dengan mengambil beberapa supplement seperti Vitamin C, Nutriferon, Advanced Joint Health dan Ostematrix untuk meningkatkan tahap imun sistem badan dan jaga sendi serta otot. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya...

Buat yang akan mengerjakan umrah, selamat mengerjakan umrah saya ucapkan. Semoga segalanya dipermudahkan, selamat pergi dan balik, selamat menjadi tetamu Allah. Gunakan rezeki yang diberi dengan sebaiknya. Amin ya Rabb.


Bersama emak & abah di Muzium Kaabah


tandatangan
Pengedar Shaklee Anda 
ID No: 919488
+6012-6177657 | shazwani.mtuhit@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...